Text
7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Adakah kita dapat membayangkan bagaimanakah rasanya berada di alam kubur? Hanya tujuh malam sahaja? Masya Allah, sesungguhnya itu adalah kehidupan yang menakutkan dan mengerikan. Sebuah gambaran rumah masa hadapan yang amat sempit, gelap, dingin, lembab dan sunyi. Hanya bertemankan cacing, ulat, belatung, ular, kala jengking dan makhluk merayap yang menjijikkan. Tetapi sedarlah, itulah hakikat kehidupan masa depan yang pasti kita lalui. Tidak peduli kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa, ahli korporat atau melarat, kita semua akan merasai gelapnya kehidupan di alam kubur. Jika kita lupa akan gambaran ngeri alam kubur itu, nescaya hati kita akan sentiasa jauh daripada Allah. Sebaliknya jika kita selalu ingat bahawa di dunia ini kita tidak kekal, hatta dengan kemolekan, kecantikan, kekayaan dan kemasyhuran status kita, nescaya kita akan berlinangan air mata membayangkan betapa kerdilnya diri ini. Kita akan terus bergegas menyiapkan diri menghadapi alam kubur dengan penuh ketakziman dan kesolehan ibadah.
Tidak ada salinan data
Tidak tersedia versi lain